26 December 2011

HANTU... ADA HANTU... DI MANA MANA!!!

Adoooiyaai... banyak betul cerita- cerita seram ditayangkan kebelakangan ini. Lepas Niyang Rapik, Damping Malam lepas tu Santau, timbul pula Karak, Rasuk, Mantera, Tolong Awekku Pontianak dan macam-macam lagi. Dah jadi satu trend pengarah filem Malaysia beratur nak buat filem seram. Apa yang mereka semua ni cuba tonjolkan dalam filem diorang sebenarnya. Nak bagi tahu yang hantu ini sebenarnya wujud kat dunia ni dan kit awajib percaya? Ataupun sengaja nak menyusahkan mak bapak untuk memujuk anak-anak diorang sebab takutkan hantu?




Contoh terbaik anak-anak buah aku, diorang ni memang  cukup suka nak tengok cerita hantu, kalau tak bagi mulalah masing-masing buat drama swasta terjerit menangis. Bila dah tengok pun buat drama swasta juga,  sebabnya malam-malam mulalah nak kacau orang lain tidor sebab takut nak pergi tandas lah, takut tengok langsir terbang-terbang. Memang lah angin satu badan kan. Sudahnya kita lock channel yang berkaitan di astro tu. Tapi smpai bila boleh bertahan nak buat macam tu.

Sedar tak sedar kekuatan kepercayaan kepada hantu tahyul ini sebenarnya boleh mengancam akidah umat Islam lebih-lebih lagi budak kecil yang mudah sangat terpengaruh dan akal mereka diserapkan dengan kewujudan hantu yang berada di merata tempat. Sudah semestinya di sini, Syaitan menari-menari sambil bertepuk tangan kerana ramai manusia lemah pegangan agama dan ilmunya dipesongkan kepada ketakutan terhadap hantu menyelimuti dalam rutin kehidupan dari memikirkan kebesaran Allah SWT.

Firman Allah yang bermaksud: Sesungguhnya Allah tidak mengampuni dosa syirik dan mengampuni dosa selain itu bagi orang yang Dia kehendaki, dan sesiapa yang syirik kepada Allah, maka sesungguhnya mereka sudah melakukan dosa sangat besar. (Surah an-Nisa, ayat 48)

Lagi satu hal kepercayaan kepada hantu yang terlalu kukuh boleh menggugat keharmonian banyak pihak. Lebih ramai pelajar akan mengalami histeria. Lebih ramai umat Islam terdedah kepada amalan sihir semata-mata untuk menghalau hantu yang dipercayai mengganggu kehidupan mereka. Akhirnya segala jenis penyakit manusia akan dikatakan gangguan daripada hantu

Jangat terkejut lah kalau bomoh, dukun atau peramal perubatan tradisional akan lebih berpengaruh dan popular  di kalangan masyarakat bagi mengubati penyakit yang dikatakan berpunca daripada makhluk halus atau hantu.

Sama-samalah kita berdoa supaya masyarakat kita tidak akan mempercayai lagi benda-benda tahyul macam ini. Lagi satu, kita pun jangan lah banyak sangat dok tengok cerita hantu ni. Jangan biarkan kita menjadi mad’u pula dalam hal-hal macam ni.





<

No comments:

Post a Comment