25 December 2011

APABILA KAUM SEJENIS MENJADI IDAMAN... MASYAALLAH



Berasaskan hakikat penciptaan makhluk, Islam menjelaskan Allah SWT mencipta ciptaanNya berpasangan sebagaimana penciptaan manusia pertama Adam AS digandingkan dengan Hawa, bagi binatang akan ada jantan betinanya untuk membolehkannya membiak, bagi tumbuhan pula pasti akan ada debunga jantan dan  betina untuk membolehkan proses persenyawaan benih berlaku.

Di sebalik penciptaan kehidupan berpasangan ini, Allah SWT melengkapkan perasaan seronok melalui pergaulan dan kehidupan bersama. Namun agak malang bagi tabi'i manusia yang tertarik dengan kaum sejenis ini. Ia lebih dikenali GAY bagi sesama lelaki dan LESBIAN bagi sesama perempuan.

Baru-baru ini rakyat Malaysia disajikan dengan berita seorang bekas pelajar negara ini yang telah berkahwin dengan pasangan gay nya di Ireland. Insan ini telah diberi nama Ariff Alfian Rosli merupakan pelajar perubatan tajaan Petronas yang tidak dapat dihubungi oleh keluarga mereka selama 3 tahun. 

Ariff Alfian ni sanggup berkahwin di dalam gereja dengan mengenakan baju melayu dan bersamping serta tanjak berwarna emas. Apa motif dan niat sebenar dia memakai BAJU MELAYU? Kalau dah berbaju melayu tu semestinya orang dah tahu dia beragama Islam lepas tu kahwin dalam gereja pulak. Mudah-mudahan Islamnya masih terpelihara.






Jika kita imbas kembali peristiwa di zaman Nabi Allah, Nabi Lut di mana Allah telah memberi kehancuran terhadap  Kaum Nabi Lut yang mengamalkan seks sejenis ini.


Firman Allah;

“Kaum Nabi Lut telah mendustakan peringatan dan amaran. Sesungguhnya Kami telah menghantarkan kepada mereka angin ribut yang menghujani mereka dengan batu kecuali keluarga Nabi Lut. Kami selamatkan mereka (dengan menyuruh mereka keluar dari situ) pada waktu jauh malam sebagai limpah kurnia dari kami. Demikianlah Kami membalas orang-orang yang bersyukur. Dan sesungguhnya Nabi Lut telah memberi amaran kepada mereka mengenai azab seksa kam tetapi mereka tetap mendustakan amaran-amaran itu” (Surah Al-Qamar : 33-36)


Dengan amalan seks sejenis yang dilakukan oleh kaum Lut itu menyebabkan Allah SWT telah menghancurkan mereka dengan menterbalikkan negara mereka lalu dihujankannya sehinggakan negara itu bertukar menjadi laut.


Jelas betapa hancurnya kaum Nabi Lut disebabkan pengamalan seks terkutuk yang diamalkan oleh mereka. Kehancuran yang sama juga tidak mustahil boleh menimpa bumi Malaysia sekiranya pengamalan seks terkutuk ini tidak dibenteras oleh oleh kita semua...


Akhir kalam, jadikanlah peristiwa kejutan dari Ariff Alfian Rosli ini sebagai sempadan dan tauladan kepada kita semua terhadap anak-anak, saudara mara, jiran tetangga dan masyarakat kita agar JANGAN ketepikan ISLAM dan JANGAN ambil ISLAM sebahagian dan menolak sebahagian, hidupkan dan tegakkan KEIMANAN didalam diri kita dan anak-anak kita.

Ya Allah selamatkan kami dari malapetaka kejahilan umat ini….


No comments:

Post a Comment